Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Naik Taraf Atau Ambil Risiko? Microsoft Sasar Pengguna Windows 10 Lagi

Posted on Jun 9, 2025Jun 9, 2025

Microsoft sekali lagi seakan terdesak selepas iklan Windows 11 baharu mereka  di saluran YouTube rasmi mereka bertajuk “Right Side of Risk” berdurasi 30 saat menyampaikan satu mesej yang jelas tetapi kontroversial: Naik taraf ke Windows 11 atau berdepan risiko keselamatan.

Dengan pengumuman bahawa sokongan keselamatan untuk Windows 10 akan dihentikan pada Oktober tahun ini, pengguna mula merasakan seolah-olah mereka dipaksa untuk beralih kepada sistem operasi yang masih belum popular sepenuhnya.

Iklan tersebut menunjukkan animasi sebuah komputer riba moden dengan mesej “Naik taraf sekarang ke PC Windows 11 Pro dengan Intel Inside, dan kekal di sisi risiko yang betul.”

Sekilas pandang, ia seperti usaha pemasaran biasa. Namun, apabila diteliti, mesej tersebut membawa maksud yang lebih dalam iaitu Microsoft cuba menggertak pengguna yang masih setia dengan sistem operasi terdahulu dengan tujuan mencipta ketakutan untuk mendorong jualan.

Apa yang menghairankan ialah, iklan ini sebenarnya menyasarkan golongan korporat dan pengurusan IT di mana golongan pengguna ini lazimnya mempunyai akses kepada lanjutan sokongan keselamatan untuk Windows 10 walaupun selepas tarikh tamat.

Maka, mengapa menakut-nakutkan mereka dengan amaran sedemikian?

Ramai pengguna masih setia kepada Windows 10 dengan pada masa yang sama ramai pengguna mengadu bahawa Windows 11 membawa lebih banyak masalah.

Microsoft harus sedar bahawa tindakan menamatkan sokongan Windows 10 dan dalam masa sama memaksa pengguna ke Windows 11 bukanlah penyelesaian jangka panjang yang bijak.

Ia hanya akan menimbulkan lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna sedia ada.

Windows kini berhadapan risiko kehilangan kedudukannya sebagai sistem operasi utama dunia dengan pesaing seperti macOS dari Apple dan yang terbaru munculnya sistem operasi baharu di lancarkan Huawei, HarmonyOS PC.

{suggest}

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress