Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_6928 (2)

Meta, X, Google Belum Terima Lesen Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Mac 13, 2025 ยท Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Tiga penyedia perkhidmatan iaitu Meta, X dan Google, masih belum menerima Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP) untuk beroperasi di Malaysia.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata ketiga-tiga syarikat itu masih dalam proses permohonan dan perbincangan, dengan masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza mengenainya.

Sebagai contoh, X berpendapat pihaknya tidak mempunyai jumlah pengguna yang mencukupi untuk memerlukan lesen, memandangkan peraturan menetapkan bahawa lesen ASP adalah wajib bagi platform media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa pihak Meta akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk sesi libat urus dan perbincangan.

Tapi, kita berikan mereka sedikit masa untuk lakukan sedikit libat urus dan juga perbincangan, dengan ada kata putus.

Setakat ini, tiga platform media sosial telah menerima lesen ASP untuk beroperasi di Malaysia, iaitu Telegram, WeChat dan TikTok.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi
  • Meta Dalam Proses Akhir Peroleh Lesen Media Sosial - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY