Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Januari 7, 2025 oleh Amalina Athman

Penyedia perkhidmatan Telegram telah diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) untuk beroperasi di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Telegram berjaya memperoleh lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2 Januari, menjadikannya penyedia perkhidmatan ketiga dilesenkan di bawah keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Meta yang merupakan pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp ketika ini masih dalam proses penghantaran melibatkan beberapa dokumen, sebelum mendapatkan lesen. Tapi kita jangkakan proses itu dalam masa terdekat akan selesai.

Terdahulu, Tencent (WeChat) menjadi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial pertama menerima ASP (C) dan diikuti ByteDance (TikTok).

Fahmi berkata untuk pelesenan Google pula, beliau telah meminta MCMC meneruskan libat urus serta memaklumkan bahawa tindakan tetap diteruskan sekiranya terdapat perkara yang melanggar undang-undang komunikasi.

Contohnya seperti video scam dan deepfake atau pun judi dalam talian yang dimainkan dalam YouTube, tindakan boleh diambil terhadap ketidakpatuhan… Undang-undang masih berkuat kuasa dan cuma kita sedang meneruskan perbincangan kerana YouTube, mereka ada pandangan yang mereka ini bukan media sosial, tapi kalau kita lihat ‘YouTube Shorts’…mirip TikTok dan inilah antara perkara yang sedang bincang dan mengambil sedikit masa.

Bagi platform X (sebelum ini Twitter), beliau berkata MCMC masih menguruskan perkara itu dan memerlukan sedikit masa, berikutan sebelum ini platform berkenaan memaklumkan jumlah penggunanya di negara ini tidak mencapai nilai ambang lapan juta pengguna.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Telegram, WeChat Mula Proses Pelesenan Media Sosial - MCMC

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY