Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_3554 (1)

Meta Dalam Proses Akhir Peroleh Lesen Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Januari 17, 2025 · Dikemas kini Januari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Gergasi media sosial, Meta kini dalam peringkat akhir mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.

“Meta dalam proses akhir menyerahkan beberapa dokumen.”

Fahmi berkata penyedia platform lain seperti Google dan X sedang melalui penilaian bagi memastikan status pematuhan mereka.

Walaupun Google mendakwa mereka bukan platform media sosial, namun pihak kementerian tetap dengan pendirian bahawa beberapa bahagian YouTube di bawah Google seperti YouTube Shorts berfungsi seperti media sosial, menyerupai TikTok.

Menteri Komunikasi itu berkata perbincangan juga sedang dijalankan bersama Microsoft yang memiliki LinkedIn, susulan laporan menunjukkan pangkalan pengguna Malaysia di platform itu boleh melebihi lapan juta dalam suku pertama 2025.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan komitmen kerajaan untuk menguatkuasakan pelesenan bagi platform yang melebihi ambang pengguna ditetapkan, sambil mengimbangi peraturan dengan kebebasan bersuara dan memastikan keselamatan dalam talian.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi
  • Indonesia Rancang Tetapkan Had Umur Minimum Untuk Akses Media Sosial

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY