Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan

Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan

Diterbitkan Julai 28, 2025 · Dikemas kini Julai 28, 2025 oleh ariff bukhari

Meta menerusi makmal Relaity Labs mereka telah membangunkan alat seakan jam tangan yang membolehkan kawalan peranti melalui isyarat tangan, malah hanya dengan niat pergerakan tanpa perlu menyentuh apa-apa.

Menggunakan teknologi surface electromyography (sEMG), ia mengesan isyarat elektrik halus dari otot lengan dan pergelangan tangan, lalu menukarnya kepada arahan digital seperti menggerakkan kursor atau menaip di udara.

Peranti ini dilatih menggunakan data daripada ribuan peserta kajian, menjadikannya cukup tepat untuk membaca isyarat halus dan sesuai digunakan oleh pelbagai individu.

Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan
Dalam proses pengumpulan data sEMG, peserta memakai gelang sEMG yang berhubung dengan komputer melalui Bluetooth. Peserta diminta melakukan pelbagai gerakan tangan dan pergelangan tangan, sambil kamera merakam gerakan tersebut (tanpa wajah). Antara sesi dalam hari yang sama, gelang akan ditanggalkan dan dipasang semula di posisi berbeza sedikit untuk memastikan keupayaan sistem mengenal pasti isyarat dalam pelbagai kedudukan.

Meta menyifatkan teknologi ini sebagai potensi “peralihan paradigma seterusnya” dalam interaksi manusia-komputer.

Peranti ini tidak memerlukan tetapan individu dan boleh mengesan niat pergerakan sebelum ia berlaku, menjadikannya sangat berguna untuk golongan kurang upaya.

Teknologi ini juga telah dipadankan dengan cermin mata AR Orion dan bakal digunakan dalam produk Meta yang akan datang.

Prototaip eksperimen ini mungkin akan yang membuka jalan ke arah kawalan digital hanya melalui isyarat otot atau niat dalam fikiran tanpa sebarang implan seperti Neuralink.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO
  • China Buktikan Masa Depan Robot Humanoid Bukan Lagi Fantasi

Sumber: Meshable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY