Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Incognito Chat Meta AI WhatsApp

Meta Perkenal ‘Incognito Chat’ Dengan Meta AI Di WhatsApp

Diterbitkan Mei 14, 2026 · Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini melancarkan Incognito Chat with Meta AI, satu ciri baharu di WhatsApp dan aplikasi Meta AI yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan AI secara sepenuhnya peribadi.

Dibina menggunakan teknologi Private Processing, ciri ini membolehkan pengguna memulakan perbualan sementara dengan Meta AI yang hanya boleh dilihat oleh mereka sendiri.

WhatsApp Incognito Chat

Menurut Meta, walaupun sesetengah aplikasi lain menawarkan mod seperti incognito, mereka masih boleh melihat soalan yang dihantar serta jawapan yang diberikan oleh AI. Sebaliknya, Incognito Chat with Meta AI dikatakan benar-benar bersifat peribadi, di mana tiada sesiapa, termasuk Meta sendiri, dapat membaca perbualan pengguna.

WhatsApp Incognito Chat Meta AI_

Mesej yang dihantar akan diproses dalam persekitaran selamat yang tidak dapat diakses oleh Meta, dan perbualan tersebut tidak akan disimpan. Secara default, mesej juga akan hilang secara automatik selepas sesi tamat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/14090615/AQNBSCRS24KrXTrqG2HAkfZdbTiGEu_Wnm3RId9ilGBmXLqdoJ9eDqRHjjyxgL4GtE1mpBr4FJ25gYT0QnQY6EtVYf1mYAyOqzpA1YBDPy65qQ.mp4

Dalam beberapa bulan akan datang, Meta juga akan memperkenalkan Side Chat with Meta AI. Ciri ini membolehkan pengguna mendapatkan bantuan Meta AI berdasarkan konteks perkara yang sedang dibincangkan dalam sembang WhatsApp, dan ia juga akan dilindungi teknologi Private Processing.

Incognito Chat with Meta AI mula dilancarkan secara berperingkat di WhatsApp dan aplikasi Meta AI.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna iOS 26 Mula Terima Rekaan 'Liquid Glass' Di WhatsApp
  • WhatsApp Hentikan Sokongan Versi Android Terdahulu Bermula 8 September 2026
  • WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Arkib Status Selepas 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY