Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Instants_

Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka

Diterbitkan Mei 14, 2026 ยท Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini melancarkan Instants, ciri baharu yang membolehkan pengguna Instagram berkongsi foto secara spontan dengan senarai Close Friends atau pengikut yang saling mengikuti.

Instants boleh diakses terus melalui aplikasi Instagram menerusi ikon timbunan foto kecil di sudut kanan bawah pada bahagian peti masuk (DM) Instagram. Instagram turut melancarkan aplikasi kendiri Instants, yang membuka terus ke kamera untuk memudahkan pengguna mengambil dan menghantar foto dengan lebih pantas.

Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka
Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka

 

Berbeza dengan perkongsian biasa, foto yang dihantar melalui Instants akan hilang sebaik sahaja dibuka dan tidak lagi boleh dilihat selepas 24 jam. Pengguna juga tidak boleh menyunting gambar sebelum menghantarnya, menjadikan perkongsian lebih asli dan terus kepada momen yang sedang berlaku.

Foto hanya boleh diambil secara masa nyata dan tidak boleh dimuat naik daripada galeri telefon. Pengguna boleh menambah kapsyen ringkas, kemudian memilih sama ada untuk berkongsi dengan Close Friends atau pengikut yang mereka ikuti semula.

Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka

Penerima boleh memberi reaksi emoji, membalas mesej, serta menghantar Instant mereka sendiri. Semua foto yang diterima akan muncul dalam bentuk timbunan gambar di peti masuk dan akan hilang selepas dibuka.

Instagram turut menyertakan beberapa ciri tambahan seperti arkib (archieve) peribadi yang menyimpan Instant sehingga setahun, fungsi untuk menggabungkan foto Instants dan dikongsikan semula ke Stories, serta ciri Undo untuk menarik balik foto yang tersalah hantar sebelum ia dibuka.

Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka
Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka

Satu ciri menarik ialah penerima tidak dibenarkan membuat tangkap layar(screenshot) atau merakam kandungan yang dikongsi melalui Instants. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi Snooze untuk menghentikan penerimaan Instants buat sementara waktu.

Meta Lancar Instants Untuk Instagram – Foto Hilang Selepas Dibuka

Dari segi privasi, semua kawalan keselamatan sedia ada di Instagram seperti Block, Mute dan Restrict turut boleh digunakan pada Instants. Ini bermakna pengguna masih mempunyai kawalan penuh terhadap siapa yang boleh menghantar atau menerima foto tersebut.

Bagi pengguna remaja, Instants diintegrasikan secara automatik dengan Teen Accounts dan Family Center. Masa penggunaan Instants akan dikira dalam had harian Instagram, manakala Sleep Mode kekal aktif antara 10 malam hingga 7 pagi.

Ibu bapa yang memantau juga akan menerima notifikasi apabila aplikasi Instants dimuat turun buat kali pertama.

Ketersediaan

Instants telah pun tersedia di seluruh dunia sebagai ciri baharu dalam Instagram, manakala aplikasi berasingan Instants akan diperkenalkan secara berperingkat di beberapa negara terpilih untuk iOS dan Android.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Instagram Tamatkan Sokongan 'End-To-End Encryption' Untuk DM Bermula 8 Mei 2026
  • Meta Perkenal Akaun Remaja Instagram Di Malaysia
  • Android 17 Tingkatkan Kualiti Muat Naik Ke Instagram, Perkenal Ciri 'Screen Reactions'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY