Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram teen accounts(1)

Meta Perkenal Akaun Remaja Instagram Di Malaysia

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh ariff bukhari

Instagram kini memperluas penawaran Akaun Remaja ke Malaysia, dengan memperkenalkan sistem kawalan kandungan baharu yang diinspirasikan daripada penarafan filem 13+.

Matlamat utama Akaun Remaja ini adalah bertujuan untuk memastikan remaja melihat kandungan yang setara dengan kesesuaian umur secara lalai.

Meta memaklumkan, mereka akan memasukkan remaja ke dalam Akaun Remaja secara automatik dan remaja bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa untuk mengubah mana-mana tetapan.

instagram teen accounts 4

Remaja bawah 18 tahun akan ditempatkan dalam tetapan 13+ secara automatik dan tidak boleh menukar tanpa kebenaran ibu bapa.

Selain itu, Instagram memperkenalkan Limited Content, tetapan lebih ketat untuk ibu bapa yang mahukan kawalan tambahan ke atas akaun Instagram anak-anak mereka.

Fungsi ini menapis lebih banyak kandungan dan mengehadkan interaksi remaja dengan komen.

instagram teen accounts 2(1)

Polisi baharu juga menyekat akaun yang kerap berkongsi kandungan tidak sesuai, menyekat istilah carian matang seperti “alkohol” atau “gore”, serta memastikan remaja tidak menerima cadangan kandungan berisiko di Explore, Reels, Feed, atau Stories.

Meta turut memaklumkan, teknologi AI mereka turut dikemas kini agar respons kepada remaja selaras dengan penarafan 13+.

instagram teen accounts 3(1)
Pengenalan Akaun Remaja di Malaysia telah diumumkan oleh Clara Koh, Pengarah Dasar Awam Meta untuk Asia Tenggara Tengah dan ASEAN.

Meta menegaskan bahawa keselamatan remaja adalah keutamaan, dan langkah ini diharap memberi ketenangan kepada ibu bapa bahawa anak mereka dilindungi dengan lebih baik ketika menggunakan Instagram.

Pelaksanaan ini sedang dilancarkan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun
  • Zuckerberg Kesal Lewat Kenal Pasti Pengguna Bawah Umur Di Instagram
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun Di Indonesia Mula Berkuat Kuasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY