Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Instagram Tamatkan Sokongan ‘End-To-End Encryption’ Untuk DM Bermula 8 Mei 2026

Diterbitkan Mac 16, 2026 · Dikemas kini Mac 16, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram akan menamatkan sokongan pemesejan (DM) dengan ciri end-to-end encryption (E2EE) atau penyulitan hujung ke hujung, berkuat kuasa 8 Mei 2026.

Sebagai rujukan, E2EE ialah ciri keselamatan yang memastikan hanya pengirim dan penerima boleh melihat mesej yang dihantar. Kandungan mesej tersebut tidak boleh diakses oleh pihak lain, termasuk Meta sendiri.

Ciri ini sebenarnya diperkenalkan sebagai pilihan tambahan bagi pengguna yang mahu perbualan lebih peribadi, dan ia tidak diaktifkan secara default. 

Seperti dilaporkan 9to5Mac, Meta membuat keputusan untuk menamatkan ciri itu kerana penggunaannya sangat rendah.

“Sangat sedikit pengguna yang memilih untuk menggunakan pemesejan dengan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) dalam mesej peribadi (DM). Oleh itu, kami akan menamatkan pilihan ini di Instagram dalam beberapa bulan akan datang. Sesiapa yang masih mahu menghantar mesej dengan penyulitan hujung ke hujung boleh melakukannya dengan mudah melalui WhatsApp,” jelas pihak Instagram.

Menurut halaman pusat bantuan Instagram, pengguna yang mempunyai perbualan dengan perlindungan E2EE akan melihat arahan dalam aplikasi tentang cara memuat turun mesej atau media yang ingin disimpan sebelum ciri tersebut dihentikan.

Jika menggunakan versi Instagram yang lebih lama, pengguna juga mungkin perlu mengemas kini aplikasi terlebih dahulu sebelum proses muat turun boleh dilakukan.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • YouTube, TikTok Dan Instagram Berdepan Dakwaan Sengaja Direka Untuk Menyebabkan Ketagihan
  • Zuckerberg Kesal Lewat Kenal Pasti Pengguna Bawah Umur Di Instagram
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY