Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Android 17

Android 17 Tingkatkan Kualiti Muat Naik Ke Instagram, Perkenal Ciri ‘Screen Reactions’

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan beberapa ciri baharu dalam Android 17 yang memfokuskan kepada pencipta kandungan, termasuk pengalaman penggunaan Instagram yang dioptimumkan, alat suntingan tambahan dan Adobe Premiere.

Melalui Android 17, Google memperkenalkan beberapa penambahbaikan yang membolehkan foto dan video yang dirakam menggunakan telefon Android kelihatan lebih berkualiti apabila dimuat naik ke Instagram.

Antara ciri yang dibawakan termasuk sokongan Ultra HDR untuk warna yang lebih hidup, penstabilan video terbina bagi memastikan rakaman lebih lancar, serta integrasi Night Sight yang membantu menghasilkan gambar dan video lebih baik dalam keadaan cahaya rendah.

Instagram Android 17

Menurut Google, ujian dalaman menggunakan model Universal Video Quality (UVQ) menunjukkan video yang dirakam dan dimuat naik ke Instagram melalui peranti andalan (flagship) Android kini mampu menawarkan kualiti yang setanding atau lebih baik berbanding pesaing utama.

Selain itu, Instagram kini dioptimumkan sepenuhnya untuk tablet Android, memberikan ruang kerja yang lebih besar kepada pencipta kandungan untuk melihat dan menyunting kandungan dengan lebih selesa.

Android 17 Tingkatkan Kualiti Muat Naik Ke Instagram, Perkenal Ciri ‘Screen Reactions’

Google turut memperkenalkan Screen Reactions, iaitu ciri baharu yang membolehkan pengguna merakam wajah mereka bersama paparan skrin secara serentak.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menghasilkan video reaksi dengan lebih mudah tanpa perlu bertukar aplikasi atau menyediakan green screen. Reaksi pengguna akan dipaparkan terus di atas kandungan yang sedang ditonton, sama ada klip tular, ruangan komen atau kandungan lain pada skrin.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13165015/A17-_Screen_React.mp4

Google menyatakan Screen Reactions akan diperkenalkan terlebih dahulu untuk peranti Pixel pada musim panas ini (seawal Jun).

Dalam pada itu, Google turut membawa ciri baharu ke aplikasi Edits Instagram di Android, termasuk Smart Enhance untuk meningkatkan kualiti foto dan video secara automatik, serta Sound Separation yang boleh mengasingkan bunyi seperti angin, hingar dan muzik.

Aplikasi Adobe Premiere Pro juga akan hadir ke Android tidak lama lagi, memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menyunting video secara profesional.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Meta Perkenal Akaun Remaja Instagram Di Malaysia
  • Instagram Bangunkan Ciri Sunting ‘Stories’ Selepas Disiarkan
  • Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY