Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Mula Uji Langganan Premium ‘Instagram Plus’

Meta Mula Uji Langganan Premium ‘Instagram Plus’

Diterbitkan Mac 31, 2026 · Dikemas kini Mac 31, 2026 oleh Amalina Athman

Pada Januari lalu, Meta mendedahkan perancangannya untuk menguji versi berbayar bagi Instagram, WhatsApp dan Facebook. Kini, langganan premium untuk Instagram dilaporkan sudah mula diuji di beberapa pasaran terpilih.

Langganan yang dikenali sebagai Instagram Plus ini memberikan akses kepada pelbagai ciri tambahan untuk pengguna.

Antara ciri yang diperkenalkan termasuk keupayaan untuk melihat Instagram Story tanpa pengetahuan pemilik, serta fungsi untuk mengetahui berapa kali Story sendiri ditonton semula oleh pengguna lain.

Meta Mula Uji Langganan Premium ‘Instagram Plus’
Foto: Threads/@dessrjlnr

Pengguna berbayar juga boleh mencipta senarai audiens tanpa had bagi Story, membolehkan perkongsian kandungan dibuat dengan lebih fleksibel berbanding pilihan sedia ada seperti Close Friends.

Selain itu, Story boleh dilanjutkan selama 24 jam tambahan, serta diberi keutamaan paparan sekali seminggu melalui ciri spotlight yang meletakkannya di bahagian hadapan untuk tontonan pengikut.

Setakat ini, Meta tidak mendedahkan lokasi rasmi ujian dijalankan. Namun, laporan pengguna menunjukkan ia sudah mula diuji di beberapa pasaran seperti Mexico, Jepun dan Filipina dengan harga langganan berbeza mengikut negara.

Di Filipina, Instagram Plus ditawarkan pada harga PHP65 (~RM4.32), manakala di Mexico dan Jepun masing-masing MXN39 (~RM8.69) dan ¥319 (~RM8.04).

Langganan ini berasingan daripada Meta Verified yang memfokuskan kepada pencipta kandungan dan perniagaan. Sebaliknya, Instagram Plus dilihat lebih menyasarkan pengguna harian yang mahukan kawalan tambahan serta ciri eksklusif dalam penggunaan platform tersebut.

Berkaitan

  • Meta Bakal Uji Langganan Premium Untuk Facebook, WhatsApp, Instagram
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger
  • Instagram Tamatkan Sokongan 'End-To-End Encryption' Untuk DM Bermula 8 Mei 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY