Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta facebook

Meta Disaman Bekas Pekerja Kerana Guna Data Yang Telah Dipadam Pengguna

Diterbitkan Julai 7, 2022 · Dikemas kini Julai 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Brennan Lawson, bekas penapis kandungan Facebook, menyaman Meta Platforms Inc., mendakwa dia dipecat setelah mempersoal tentang protokol baharu syarikat tersebut.

Katanya, protokol itu membenarkan pekerja membuka semula data yang telah dipadamkan pengguna.

Tambah Lawson lagi, dia dimaklumkan tentang protokol baharu itu semasa mesyuarat kakitangan pada akhir 2018 dan terus mempersoal jika ia dibenarkan dari segi undang-undang.

Lawson berkata tidak lama kemudian dia dipecat dan kekal menganggur selama 18 bulan.

Kini, Lawson memfailkan saman dan menuntut lebih daripada $3 juta (~RM13.3 juta) pampasan serta ganti rugi punitif.

Menurut aduan Lawson melalui laporan dari Bloomberg, protokol tersebut membenarkan ahli Global Escalation Team untuk memintas protokol privasi biasa Facebook dengan mendapatkan semula data daripada Messenger yang telah dipadamkan oleh pengguna.

Tambahan lagi, protokol itu melanggar peraturan privasi digital Kesatuan Eropah dan perintah Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan yang mewajibkan Facebook memaklumkan pengguna dengan tepat berkaitan dasar pengekalan datanya.

Lawson turut berkata pasukan yang terbabit menggunakan protokol baharu Meta untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam penyiasatan pengguna.

Sumber: Bloomberg
Gambar utama: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY