Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee facebook

Penjual Di Pusat Penjual Shopee Kini Boleh Manfaatkan Facebook Ads

Posted on Mei 26, 2022

Facebook Ads kini tersedia secara rasmi di Pusat Penjual Shopee di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam.

Ini merupakan usaha Shopee untuk membantu lebih 20 juta penjual menggunakan platform supaya dapat mengembangkan perniagaan mereka.

Selain dapat membantu menggalakkan trafik ke kedai Shopee rasmi mereka, ia juga membolehkan para penjual memanfaatkan saluran Facebook untuk menarik pelanggan mengenali jenama dan produk mereka.

Umum tahu Facebook Ads merupakan salah satu pengiklanan digital yang paling berkesan yang disiarkan berdasarkan pilihan dan tingkah laku pengguna di platform.

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019, banyak jenama telah meningkatkan perniagaan mereka.

Mereka juga berjaya menghasilkan purata 5 kali ganda pulangan atas perbelanjaan iklan merentas semua kategori pada separuh kedua tahun 2021.

Buat masa ini, Facebook Ads di Pusat Penjual Shopee tersedia di tujuh pasaran yang disebut tadi dan akan dilancarkan dengan lebih luas pada bulan-bulan berikutnya.

Sumber: Siaran akhbar Shopee

Baca juga:

  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
  • Lebih 1000 Penjual Raih Lebih RM400 Ribu Hanya Dalam Tempoh 3 Hari Dengan Shopee
  • Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress