Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia siemens

NVIDIA Perluas Kerjasama Dengan Siemens, Bina ‘Metaverse’ Untuk Pengilang

Diterbitkan Jun 30, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat pembuat cip, NVIDIA telah memperluaskan kerjasama dengan Siemens, untuk melancarkan metaverse di mana syarikat-syarikat boleh mengurangkan kos menjalankan kilang mereka dan mempercepatkan reka bentuk pengeluaran baharu.

Menurut NVIDIA, perjanjian ini adalah asas kepada Siemens Xcelerator, platform digital berasaskan awan (cloud) terbuka baharu syarikat, bertujuan untuk mengembangkan perniagaan digital syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Siemens, Roland Busch, berkata Siemens Xcelerator akan memudahkan syarikat untuk menavigasi transformasi digital.

Siemens juga berkata Xcelerator ialah istilah umum untuk perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memvisualisasikan projek sebelum pembinaan bermula.

Tambahan lagi, platform itu memastikan produk akan berfungsi dengan baik sebelum dibina di dunia nyata.

Ringkasnya, ini hanyalah dua syarikat yang bekerja di metaverse, platform maya yang dikongsi di mana orang ramai boleh berinteraksi dalam persekitaran digital.

Sumber dan gambar utama: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY