Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Presiden Ukraine

Presiden Ukraine Kena “Deepfake”, Ini Tindakan Dari Meta

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat induk Facebook, Meta, berkata semalam bahawa mereka telah menurunkan video “deepfake” Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sejak ia tular di Facebook awal hari Rabu.

Menurut Nathaniel Gleicher, ketua dasar keselamatan di Meta, mereka telah menyemak dan menurunkan video tersebut dengan pantas kerana telah melanggar dasar Meta di samping berniat untuk memanipulasi dan mengelirukan orang ramai.

Video yang dikenali sebagai deepfake ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memalsukan video seseorang melakukan atau mengatakan sesuatu.

Dalam hal ini, video deepfake Presiden Ukraine menunjukkan bahawa Zelenskyy mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya tidak dikeluarkan oleh beliau sendiri. Dipercayai kenyataan yang diberikan adalah untuk mengarahkan tentera Ukraine menyerah diri.

#Ukraine Hackers published a deep fake of @ZelenskyyUa urging citizens to lay down their arms. He responded immediately:
"If I can offer someone to lay down their arms, it's the Russian military.Go home.Because we're home. We are defending our land, our children & our families." pic.twitter.com/TiICf3Z5Te

— Hanna Liubakova (@HannaLiubakova) March 16, 2022

Penyingkiran video itu membuktikan cabaran yang dihadapi Meta seiring dengan usaha mereka untuk menyekat penyebaran maklumat salah berkaitan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Meta bekerjasama dengan pemeriksa fakta dari pihak ketiga untuk mengenal pasti setiap maklumat salah pada perkhidmatannya, termasuk aplikasi Instagram.

Syarikat itu juga berkata mereka akan terus menghapuskan maklumat salah jika boleh mendatangkan risiko melampau serta ada unsur fitnah.

Sumber: Insider

Baca juga:

  • Instagram Sembunyikan Jumlah Pengikut Pengguna Rusia Dan Ukraine
  • Google Beri Fungsi Amaran Serangan Udara Untuk Pengguna Android Di Ukraine
  • Harga Kereta Elektrik Mungkin Meningkat Akibat Perang Rusia-Ukraine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY