Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta

Meta Zuckerberg Disaman Oleh META, Didakwa Langgar ‘Trademark’

Diterbitkan Julai 20, 2022 oleh Nadiah Ab

Sebuah syarikat pemasangan seni yang dipanggil META, mengumumkan bahawa mereka akan menyaman Meta (atau Facebook) untuk pelanggaran tanda dagang.

Pertukaran nama syarikat Zuckerberg itu didakwa telah melanggar jenama syarikat yang lebih kecil itu.

Menurut kenyataan dari META, pada 28 Oktober 2021, Facebook telah merampas tanda dan nama META mereka, yang telah mereka sumbang penat lelah selama lebih dua belas tahun.

“On October 28, 2021, Facebook seized our META mark and name, which we put our blood, sweat, and tears into building for over twelve years.”

Tambah syarikat itu lagi, pemfailan saman ini dilakukan setelah lapan bulan mencuba untuk berunding dengan Facebook namun tidak berhasil.

Dalam aduannya juga, mereka berkata Meta tidak lagi boleh menyediakan barangan dan perkhidmatan di bawah tanda META.

Syarikat META sememangnya memegang tanda dagang yang sah untuk nama itu tetapi mungkin akan menghadapi cabaran yang sukar, memandangkan Facebook telah membuat permohonan tanda dagang yang meluas sejak pertukaran nama menjadi rasmi.

Sumber: META.is

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY