"Meta Avatars Store" Akan Dilancar, Juga Akan Hadir Dalam VR

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, mengumumkan bahawa syarikatnya akan melancarkan kedai pakaian berjenama digital yang dipanggil "Meta Avatars Store".

Menurut Zuckerberg, dia melihat pilihan pakaian fesyen baharu sebagai cara untuk pengguna mengekspresikan diri mereka melalui avatar mereka.

Kedai maya baharu itu dilancarkan di Facebook, Instagram, dan Messenger dan akan membolehkan pengguna membeli pakaian digital untuk avatar mereka.

Kedai itu akan mula dilancarkan minggu depan dan pada mulanya akan menawarkan pakaian digital dari Balenciaga, Prada, dan Thom Browne.

Buat masa ini, Meta masih belum mendedahkan sebarang maklumat harga untuk pakaian digital ini namun pilihan pakaian percuma untuk avatar Meta masih akan ditawarkan.

Zuckerberg berkata Meta merancang untuk menjadikan kedai itu sebagai pasaran terbuka di mana pembangun boleh mencipta dan menjual pakaian.

Tambahnya lagi, ia akan dibawa ke teknologi VR tidak lama lagi.

https://twitter.com/MetaNewsroom/status/1537885268757188610?s=20&t=anVReErKEZuSVkrIHs_WzQ

Pada peringkat awal, "Meta Avatars Store" akan mula dilancarkan minggu depan di Amerika Syarikat, Kanada, Thailand, dan Mexico, dan lebih banyak jenama akan diperkenalkan dalam kedai maya tersebut.

Sumber: The Verge

Baca juga: