Mahkamah Rusia memutuskan syarikat Meta terlibat dalam “aktiviti ekstremis”, melibatkan platform Facebook dan Instagram yang telah diharamkan di Rusia. Walau bagaimanapun, Whatsapp yang juga milik Meta terkecuali daripada keputusan itu.
Keputusan tersebut mengekalkan tuntutan saman yang difailkan oleh pendakwa raya Rusia yang mengharamkan perniagaan Meta dalam negara itu.
Keputusan itu juga dibuat selepas Rusia awal bulan ini menyekat Facebook dan Twitter sebagai tindak balas terhadap dakwaan “diskriminasi” platform itu terhadap media Rusia.
Langkah itu juga menghalang orang yang terjejas akibat perang di Ukraine untuk menerbitkan apa-apa keganasan yang dilakukan oleh Rusia.
Terdahulu, Facebook berkata mereka akan membenarkan sementara perkongsian di Ukraine berkaitan keganasan dan pencerobohan tentera Rusia. Kenyataan ini merupakan kemas kini kepada dasar ucapan benci (hate speech) syarikat, yang melarang pengguna daripada memuat naik perkongsian berunsur ganas.
Dalam kes mahkamah, pendakwa raya Rusia berhujah bahawa bahan “ekstremis” boleh didapati di Facebook dan Instagram, merujuk kepada gambar Adolf Hitler yang disiarkan di Instagram pada tahun 2016.
Mereka juga mendakwa pengguna Facebook telah menggesa keganasan terhadap warga Rusia serta tentera Rusia di Ukraine.
Nick Clegg, presiden hal ehwal global untuk Meta, pernah mengeluarkan kenyataan pada 11 Mac di Twitter menjawab laporan bahawa Rusia sedang mempertimbangkan untuk melabelkan syarikat itu sebagai organisasi ekstremis.
Responding to reports that the Russian government is considering designating Meta as an extremist organization for its policies in support of speech: pic.twitter.com/Y8sUbZDSML
— Nick Clegg (@nickclegg) March 11, 2022
Katanya, kemas kini dasar Facebook hanya membenarkan perkongsian “ganas” yang merujuk kepada perang di Ukraine dan ditujukan kepada kerajaan dan tentera Rusia.
Menurut Meta, dasar ini direka untuk memberi peluang kepada rakyat Ukraine untuk mempertahankan negara mereka di media sosial.
Sumber: Insider
Baca juga: