Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta

Setelah 14 Tahun Bersama, Ketua Pegawai Operasi Meta Letak Jawatan

Diterbitkan Jun 2, 2022 oleh Nadiah Ab

Sheryl Sandberg dilaporkan telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai operasi Meta, induk syarikat Facebook.

Dalam catatannya di Facebook, Sandberg tidak mendedahkan sebab dia keluar dari syarikat itu, yang akan berkuatkuasa mulai musim luruh ini.

Sandberg berkata dia merancang untuk memberi tumpuan kepada kerja kebajikannya setelah bekerja untuk Facebook selama 14 tahun.

Bagaimanapun, Sandberg akan terus berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Javier Olivan, Ketua Pegawai Pertumbuhan syarikat, akan mengambil alih jawatan Sandberg tetapi peranannya akan berbeza dengan Sandberg, dan lebih tradisional.

Tamatnya sebuah era dengan Meta

Nama Sandberg sudah tidak asing lagi dalam industri teknologi apabila dia menyertai Facebook, dan pernah menjadi naib presiden jualan dan operasi dalam talian global Google.

Malah, sebelum Google, dia pernah memegang jawatan kanan di Bank Dunia dan Jabatan Perbendaharaan di bawah Presiden Bill Clinton.

Pada tahun-tahun awal di Facebook, dia sering dirujuk sebahai penyeliaan atasan untuk syarikat yang dikendalikan oleh pengasas yang sangat muda.

Sepanjang bekerja dengan Zuckerberg, Sandberg berjaya membantu meningkatkan pendapatan Facebook dari sekitar US$150 juta (~RM659 juta) pada 2017 hingga lebih US$3.7 bilion (~RM16.2 bilion).

Sumber: The New York Times

Baca juga:

  • Meta Lancar Program Untuk Bantu Anda Ceburi Perniagaan Digital
  • Dituduh Mengeksploitasi Warga Afrika, Meta Berdepan Fail Saman
  • Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY