Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta

Dituduh Mengeksploitasi Warga Afrika, Meta Berdepan Fail Saman

Diterbitkan Mei 11, 2022 ยท Dikemas kini Mei 11, 2022 oleh Nadiah Ab

Meta, syarikat induk Facebook, menghadapi satu tuntutan mahkamah yang difailkan oleh salah seorang bekas pengendali kandungan.

Menurut The Washington Post, ia difailkan oleh Daniel Motaung, yang menuduh syarikat itu dan subkontraktor dari San Francisco, Sama menjalankan pemerdagangan manusia warga Afrika untuk bekerja dalam keadaan kerja yang bersifat mengeksploitasi dan tidak selamat di Kenya.

Tuntutan itu mendakwa Sama menyasarkan orang miskin di seluruh wilayah, termasuk mereka dari Kenya, Afrika Selatan, Ethiopia, Somalia dan Uganda, dengan iklan pekerjaan yang mengelirukan.

Mereka dilaporkan tidak pernah diberitahu akan bekerja sebagai pengendali Facebook dan perlu melihat kendungan yang mengganggu sebagai sebahagian daripada tugas itu.

Motaung berkata video pertama yang ditontonnya ialah video yang memaparkan seseorang dipenggal.

Dia kemudiannya dipecat selepas enam bulan bekerja kerana cuba menerajui usaha kesatuan pekerja.

Akibatnya, beberapa pekerja di tempat Motaung bekerja mengalami trauma dari segi mental.

Syarikat Sama, yang meletakkan dirinya sebagai syarikat “AI beretika” yang menyediakan “kerja digital yang bermaruah”, menyediakan kaunselor di tempat bekerja.

Walau bagaimanapun, pekerja biasanya tidak mempercayai kaunselor, dan Sama dilaporkan menolak nasihat kaunselor untuk membenarkan pekerja berehat sepanjang hari.

Bagi Motaung, dia berkata dalam tuntutan mahkamah bahawa pekerjaannya menimbulkan trauma dan dia kini mempunyai ketakutan terhadap kematian.

Tuntutan itu juga menyebut bagaimana Motaung dipaksa untuk menandatangani perjanjian tanpa pendedahan dan bagaimana dia dibayar kurang daripada yang dijanjikan.

Disebabkan itu, pekerja berhenti secara beramai-ramai kerana gaji dan keadaan kerja yang teruk.

Isu tentang pengendali Facebook yang terpaksa menonton video yang menyebabkan trauma dan bekerja dalam keadaan yang teruk bukanlah perkara baru dan berlaku di seluruh dunia.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Menuju “Metaverse”, Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram
  • Ini Cara Untuk Anda Mematikan Ruang Komen Di Facebook
  • Terpedaya Dengan Budak Bawah Umur, Apple Dan Meta Dilapor Sudah Serah Data Pada Penggodam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY