Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Pocket_02

Meta Bangunkan Aplikasi Pocket, Platform Berkonsepkan ‘Vibe Coding’

Diterbitkan Julai 3, 2026 · Dikemas kini Julai 3, 2026 oleh Amalina Athman

Meta dilihat sedang membangunkan aplikasi Pocket, yang memfokuskan kepada penghasilan dan perkongsian kandungan interaktif kecil atau dikenali sebagai ‘gizmo’ menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Kewujudan aplikasi itu mula dikesan menerusi penyenaraian di Google Play serta dikongsi oleh Alessandro Paluzzi di X. Berdasarkan maklumat pada penyenaraian tersebut, Pocket digambarkan sebagai platform kreatif yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi gizmo, iaitu kandungan interaktif yang boleh disentuh dan dimainkan terus pada skrin.

#Meta is working on a new app called Pocket 👀

ℹ️ A new creative platform to make and share gizmos. pic.twitter.com/zFjMU5jj1U

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) July 2, 2026

Pengguna hanya perlu menerangkan apa yang ingin dihasilkan menerusi arahan teks sebelum AI menjana gizmo berkenaan. Ia kemudian boleh disunting dan diperhalusi sebelum dikongsi kepada pengguna lain. Pendekatan ini dilihat menggunakan konsep ‘vibe coding’, iaitu membolehkan pengguna menghasilkan kandungan interaktif hanya melalui arahan teks tanpa perlu menulis kod.

Selain itu, gizmo yang dihasilkan turut menyokong pelbagai ciri interaktif seperti sentuhan skrin, pergerakan telefon, kesan bunyi, muzik, penggunaan kamera serta foto daripada galeri. Sesetengah gizmo boleh memberikan respons berdasarkan keadaan atau persekitaran.

Meta pocket_01

Pocket juga menyediakan ruangan suapan (feed) untuk meneroka gizmo yang dihasilkan oleh komuniti. Pengguna boleh memberikan tanda suka, meninggalkan komen serta menyusun gizmo kegemaran ke dalam senarai main mengikut kategori masing-masing.

Menurut laporan The Verge, Pocket dipercayai berkait rapat dengan pengambilan beberapa jurutera daripada Atma Sciences Inc., syarikat yang membangunkan aplikasi Gizmo. Meta dilaporkan memperoleh lesen bukan eksklusif untuk menggunakan teknologi syarikat itu, dan berdasarkan tangkap layar di Google Play, Pocket dilihat mempunyai konsep yang hampir sama dengan aplikasi tersebut.

Walaupun penyenaraian Google Play telah tersedia, Pocket masih belum boleh dimuat turun buat masa ini. Malah, halaman aplikasi berkenaan memaparkan mesej bahawa ia “tidak tersedia di negara anda”, sekali gus menunjukkan pelancarannya mungkin masih terhad atau belum dibuka kepada umum.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • WhatsApp Perjelas Kebimbangan Pengguna Mengenai Keselamatan Ciri 'Username'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY