Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forum Meta.png

Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups

Diterbitkan Mei 22, 2026 · Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh Amsyar Latif

Meta dalam diam nampaknya telah melancarkan sebuah aplikasi baharu bernama Forum, yang direka khusus untuk Facebook Groups.

Aplikasi kendiri ini memberikan pengalaman yang lebih bersih dan fokus kepada kumpulan-kumpulan (groups) yang disertai pengguna. Antara ciri utamanya ialah akses pantas ke kumpulan, kemudahan membuat post, bertanya soalan, serta integrasi chatbot AI untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan tersebut.

Berbeza dengan aplikasi Facebook utama yang penuh dengan kandungan campur aduk, Forum menawarkan antara muka yang lebih teratur dan tertumpu sepenuhnya pada komuniti.

Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups
Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups
Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups
Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups

Setakat ini, aplikasi Forum hanya tersedia untuk pengguna iOS melalui App Store, manakala versi Android masih belum dilancarkan. Melalui semakan saya, ia terhad di beberapa pasaran sahaja kerana di Malaysia tidak tersedia lagi.

Bagaimanapun, menurut Matt Navarra, Meta memberi komen ringkas mengenai aplikasi ini:

“Kami sering menguji banyak produk baharu secara terbuka untuk melihat apa yang menarik dan berguna bagi pengalaman pengguna di seluruh aplikasi kami.”

Komen ini menunjukkan bahawa Forum masih berada di peringkat ujian awam dan Meta sedang memantau respons pengguna sebelum membuat keputusan seterusnya.

Apa-apa pun, aplikasi ini dilihat sebagai usaha Meta untuk bersaing dengan platform seperti Reddit dan Discord, di mana perbincangan komuniti adalah elemen utama.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus
  • Meta Perkenal 'Incognito Chat' Dengan Meta AI Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY