Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Lancar PRIME – Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana

MCMC Lancar PRIME – Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana

Diterbitkan Jun 16, 2025 ยท Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hari ini melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME), satu inisiatif strategik Kementerian Komunikasi bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Apa sebenarnya PRIME?

Menurut MCMC, PRIME merupakan sistem komunikasi bergerak berasaskan kenderaan yang dilengkapi teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron.

MCMC hari ini melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME), satu inisiatif strategik Kementerian Komunikasi bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi bencana#MCMC#PRIME#NADI pic.twitter.com/iwdh3faOuK

— MCMC (@MCMC_RASMI) June 16, 2025

Sistem ini berfungsi sebagai sokongan komunikasi sementara (interim) yang membolehkan penyampaian maklumat, pengurusan bantuan dan operasi menyelamat dijalankan secara efektif.

Dari segi teknikal, PRIME menggunakan teknologi bandwidth bonding yang menggabungkan sambungan satelit dan rangkaian selular bagi membolehkan capaian internet berkelajuan tinggi disediakan secara lebih stabil dan efisien.

Liputan internet dari kenderaan ini boleh mencecah sejauh 150 meter, dengan sokongan titik capaian WiFi (WiFi Access Point) yang berfungsi untuk memperluas jangkauan apabila perkhidmatan diperlukan.

Bukan itu sahaja, PRIME juga dilengkapi sistem radio mudah alih yang membolehkan komunikasi di kawasan yang langsung tiada liputan atau ketika rangkaian terrestrial terganggu.

Kos setiap unit

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dua lagi unit PRIME akan dibangunkan secara berperingkat tahun ini dengan anggaran kos mencecah RM1 juta setiap unit.

Unit yang dilancarkan hari ini akan ditempatkan di ibu pejabat MCMC, manakala dua lagi akan dihantar ke Sabah dan Sarawak. Kedua-dua unit tambahan ini dijangka siap menjelang suku keempat tahun 2025.

Kita jangkakan mungkin pada Oktober kita boleh laksanakan beberapa dry run, test run bersama dengan pasukan terutama di negeri yang akan berdepan dengan Monsun Timur Laut dan bagaimana persiapan kepakaran yang akan dilakukan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi
  • MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar
  • Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, 'Scam' - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY