Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun

MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar

Diterbitkan Jun 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini tampil menjelaskan isu pengumpulan data telefon bimbit yang sedang hangat diperkatakan.

Ramai pengguna risau data peribadi mereka seperti nombor telefon atau lokasi sedang dipantau. Namun, menurut MCMC, tiada maklumat peribadi pengguna yang dikutip atau boleh dikenal pasti.

Apa sebenarnya yang dikumpul? Ia hanyalah data umum yang sudah dibuang identiti pengguna. Contohnya berapa ramai pengguna aktif di sesuatu kawasan, atau pola pergerakan pelawat dalam negara.

Tujuan utama adalah untuk menghasilkan statistik yang boleh bantu kerajaan buat keputusan dengan lebih tepat, terutama dalam bidang telekomunikasi dan pelancongan.

Menariknya, syarikat telco seperti Maxis, CelcomDigi, TM Tech, U Mobile dan YTL diberi pilihan. Mereka boleh proses data itu sendiri dalam sistem mereka yang selamat, dan hantar hasil akhir yang telah diringkaskan dan disatukan, atau serahkan data tanpa identiti kepada MCMC untuk diproses.

MCMC juga menjelaskan bahawa projek ini dijalankan bersama badan antarabangsa macam ITU dan PBB, dan bukan benda baharu. Negara lain seperti Indonesia dan Brazil pun dah lama guna cara ini untuk hasilkan data yang lebih baik.

Kesimpulannya, data ini bukan untuk menjejak individu, tapi untuk bantu kerajaan rancang dasar dengan lebih tepat berdasarkan maklumat sebenar, bukan sekadar agak-agak.

Berkaitan

  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY