Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_4

Facebook, TikTok, YouTube Turunkan 159,518 Kandungan Berkaitan Judi, ‘Scam’ – Fahmi

Diterbitkan Jun 12, 2025 ยท Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh Amalina Athman

Platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube telah bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 174,473 permohonan penurunan kandungan yang dibuat sepanjang tahun ini.

..kira-kira 160,000 kandungan telah berjaya diturunkan, dengan 51% melibatkan aktiviti perjudian dalam talian, 25% penipuan dalam talian, 12% buli siber dan 9% lagi penyebaran berita palsu.

Daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan, 57% melibatkan Facebook, manakala TikTok dan YouTube masing-masing menyumbang 28% dan 13%.

Fahmi berkata walaupun tindakan menurunkan kandungan seumpama itu telah dilaksanakan, masih terdapat kebimbangan terhadap kewujudan kandungan eksploitasi kanak-kanak dalam talian, khususnya di Facebook.

Beliau mempersoalkan sama ada undang-undang dan tahap kerjasama sedia ada mencukupi atau perlu pendekatan lebih efisien bagi menangani isu tersebut.

Pelaksanaan Lesen Media Sosial & OnSA 2024

Mengulas mengenai pelaksanaan pelesenan media sosial, Fahmi berkata langkah itu bertujuan memastikan platform dalam talian lebih selamat digunakan, terutamanya oleh golongan kanak-kanak.

Beliau turut memaklumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang diluluskan Parlimen pada Disember lalu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Akta ini akan memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan terhadap platform yang ingkar dengan tanggungjawab mereka.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial
  • MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar
  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY