Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil mei 2025_

MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco – Fahmi

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengkaji perbezaan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk (CoPA) antara syarikat telekomunikasi (telco) di pelbagai lokasi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun liputan 4G di Malaysia telah mencapai agregat keseluruhan CoPA sebanyak 92% di Sarawak dan 98.7% di seluruh negara pada suku pertama 2025, kadar sebenar adalah berbeza mengikut telco.

Menurutnya, terdapat telco yang hanya mencatat agregat serendah 76% CoPA, manakala yang lain pula mampu mencecah 86%.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan MCMC untuk memperinci data liputan CoPA bagi setiap telco secara individu, termasuk pecahan mengikut negeri dan di peringkat nasional.

Kami ingin memastikan apabila rakyat Malaysia membayar pakej Internet, mereka bukan sekadar mendapat liputan di beberapa kawasan. Kita (rakyat Malaysia) membayar untuk mendapatkan liputan Internet di seluruh negara.

Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan bahawa perkhidmatan 4G seharusnya boleh diakses di seluruh negara, dan kerajaan sedang berusaha untuk memastikan perkongsian rangkaian antara telco dapat dipertingkatkan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pengguna 5G Di Malaysia Kini Cecah 53.35% - Fahmi Fadzil
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi, Internet Kini Wajib Dimiliki

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY