Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan ‘Phishing’ Melalui Pautan SMS

MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan ‘Phishing’ Melalui Pautan SMS

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia telah menjalankan operasi bersepadu untuk membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan SMS.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Jalin Kerjasama Strategik Dengan Microsoft Malaysia, Lancar Program MCMC - Microsoft AI TEACH

Menurut MCMC, operasi ini dijalankan susulan maklumat yang diperoleh daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), Maxis.

Dalam operasi itu, MCMC telah mengesan suspek yang menggunakan sebuah kenderaan dan memberhentikannya di bahu jalan bagi menyebarkan SMS phishing kepada pengguna talian aktif di kawasan tersebut.

MCMC_operasi banteras phishing

Kegiatan suspek dikenal pasti menerusi analisis spektrum oleh telco bagi bacaan spektrum yang dipancarkan daripada peralatan komunikasi milik suspek, yang juga menyebabkan gangguan kepada kualiti perkhidmatan rangkaian.

Hasil pemeriksaan, MCMC menemui peralatan komunikasi seperti telefon pintar, GSM blaster, antena transceiver dan komputer riba yang disambungkan kepada kenderaan berkenaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 233, 238 dan 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Siasatan juga dijalankan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) (Pindaan) 2022 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000.00 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dan tidak sesekali klik pada sebarang pautan menerusi SMS bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

MCMC turut menyeru untuk berkongsi maklumat dan melaporkan terus kepada pihaknya atau PDRM jika terlihat kenderaan mencurigakan yang mempunyai penyambungan peranti komunikasi.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY