Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

Diterbitkan Ogos 9, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang, berdasarkan statistik dari 1 Januari 2022 sehingga 1 Ogos 2024.

Daripada jumlah tersebut, 95.7% laman sesawang yang disekat adalah dalam lima kategori utama seperti perjudian dalam talian, pornografi, pelanggaran hak cipta, scam atau pelaburan haram serta pelacuran.

MCMC sekat laman web_1

Dalam tempoh lima tahun, jumlah sekatan laman sesawang yang mempunyai kandungan kemudaratan dalam talian tertinggi direkodkan pada 2021 iaitu sebanyak 6,571. Bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun – 2022 (4,572), 2023 (3,724) dan 2024 (2,127).

Menurut agensi itu, sekatan yang dilakukan adalah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), serta undang-undang di bawah bidang kuasa agensi-agensi penguatkuasaan yang lain, termasuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, serta Suruhanjaya Sekuriti.

Dalam konteks yang lebih besar, sekatan ini dapat mengekang jenayah lain seperti pemerdagangan manusia, penjualan bahan terlarang serta jenayah terancang lain.

Bagi memastikan sekatan ini kekal berkesan, MCMC berkata pihaknya juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tempatan untuk menambah baik dan memperkukuh langkah pencegahan serta pelindungan, termasuk dalam aspek pengurusan Domain Name System (DNS).

Berkaitan

  • Tidak Semua Penurunan Kandungan Di TikTok Atas Permintaan MCMC, Kerajaan Malaysia - Teo
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial

Sumber: Siaran media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY