Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_

MCMC Kesan Ratusan Lokasi Gagal Patuh Piawaian Internet

Diterbitkan Ogos 25, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan terus memperkukuh pemantauan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) bagi memastikan pengguna menikmati liputan internet yang stabil dan berkualiti, termasuk di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan audit kualiti secara berkala bagi memantau pematuhan syarikat penyedia perkhidmatan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).

Langkah ini turut disokong dengan tindakan tegas terhadap syarikat yang gagal mematuhi piawaian.

Tambah beliau, hasil audit pada 2024 menyaksikan 268 arahan dikeluarkan melibatkan 219 lokasi yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan. Manakala bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2025, MCMC telah menjalankan 2,781 ujian kualiti di seluruh negara. Hasilnya, terdapat 1,684 ketidakpatuhan MSQoS melibatkan 815 lokasi.

“Pemberi perkhidmatan telah berjaya membuat penambahbaikan pada 462 ketidakpatuhan sehingga patuh terhadap Standard Mandatori. Baki 1,222 ketidakpatuhan masih dalam proses penilaian kerana melibatkan naiktaraf menara sedia ada atau pembinaan menara baharu yang mengambil masa lebih lama,” katanya.

Tegasnya, pemeriksaan susulan akan diteruskan dan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM1 juta boleh dikenakan terhadap syarikat yang masih ingkar arahan MCMC.

Berkaitan

  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MCMC Keluarkan 279 Arahan Kepada Telco Untuk Tangani Isu Kualiti Perkhidmatan
  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY