Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_new logo 2023

MCMC Keluarkan 279 Arahan Kepada Telco Untuk Tangani Isu Kualiti Perkhidmatan

Diterbitkan Julai 30, 2025 · Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 279 Arahan Suruhanjaya kepada pelbagai penyedia perkhidmatan mudah alih di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 154 arahan dikeluarkan kepada YTL Communications, diikuti CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27) dan Maxis (10).

Menurut MCMC, arahan itu selaras dengan Penentuan Suruhanjaya No.2 Tahun 2023 bagi menangani ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori bagi kualiti Perkhidmatan (MSQoS) untuk perkhidmatan akses jalur lebar tanpa wayar.

MSQoS menilai beberapa aspek penting termasuk kelajuan muat turun, kependaman (latency) rangkaian, packet loss, ketersediaan perkhidmatan, masa capaian laman web serta masa capaian penstriman video.

Ketidakpatuhan dikesan di pelbagai lokasi, termasuk kawasan bandar dan luar bandar, yang memberikan kesan langsung terhadap kualiti pengalaman pengguna.

MCMC menjelaskan mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal mengambil tindakan penambahbaikan dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga RM500,000 bagi setiap ketidakpatuhan, mengikut peruntukan subseksyen 105 (5) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 1743).

Berkaitan

  • MCMC Lancar PRIME - Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Hampir 50KM Jajaran Lebuh Raya Langsung Tiada Liputan Telekomunikasi - Fahmi
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Uji Prestasi Internet Dengan Aplikasi Rasmi MCMC NEXUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY