Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi Fadzil_MCMC

Hampir 50KM Jajaran Lebuh Raya Langsung Tiada Liputan Telekomunikasi – Fahmi

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50km jajaran lebuh raya yang langsung tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dasar ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ akan dimanfaatkan untuk mengatasi masalah capaian internet, termasuk di sepanjang lebuh raya seluruh negara.

Ada beberapa lokasi utama sedap dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan. Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala Yes Tanjung Asam, Bayan Lepas.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi menyasarkan untuk melaksanakan Proof of Concept (POC) teknologiĀ direct-to-cell menggunakan satelit orbit rendah bumi (LEO) pada suku ketiga atau keempat tahun ini di beberapa lokasi terpilih.

Beliau menjelaskan pelaksanaan tersebut belum dapat dimulakan ketika ini disebabkan kekangan teknikal. Namun, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat yang mengendalikan teknologi LEO untuk menyelesaikan isu kesalinghubungan di kawasan terpencil, termasuk perairan negara.

Tambahnya, pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter memerlukan pertimbangan khusus dan mungkin tidak sesuai dibina di kawasan seperti pulau-pulau.

Dalam situasi seperti itu, teknologi direct-to-cell boleh menjadi penyelesaian alternatif yang lebih praktikal.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi
  • MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar
  • MCMC Lancar PRIME - Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY