Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc nexus

Pengguna iPhone Kini Boleh Uji Prestasi Internet Dengan Aplikasi Rasmi MCMC NEXUS

Diterbitkan Julai 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Aplikasi MCMC NEXUS, yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kini boleh dimuat turun di peranti iOS (iPhone) melalui App Store.

Sebelum ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android, aplikasi ini membolehkan orang ramai menguji kelajuan dan kualiti sambungan internet mereka secara terus daripada telefon pintar.

mcmc nexus

Ia turut merekod data seperti muat naik, muat turun, ping dan jitter, serta lokasi ujian bagi membantu pemantauan liputan sebenar di lapangan.

mcmc nexus

Menurut MCMC, maklumat yang dikumpul menerusi aplikasi ini akan digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan oleh penyedia rangkaian serta menyokong pelaksanaan inisiatif seperti JENDELA.

Pengguna iPhone kini boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma dengan mencari “MCMC NEXUS” di App Store.

Muat turun di Play Store dan App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram, Dua Saluran

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY