Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun – Fahmi

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini sedang meneliti cadangan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

Jemaah Menteri juga membincangkan hasrat untuk meningkatkan had umur pengguna media sosial. Sebelum ini, kita ada sebut 13 tahun. Tapi Jemaah Menteri pada hari ini telah membincangkan cadangan untuk menaikkan ke 16 tahun.

Beliau menjelaskan, langkah ini selaras dengan pendekatan yang turut dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Australia dan Indonesia.

Menurutnya lagi, pelaksanaan had umur baharu itu akan bergantung kepada proses pendaftaran menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID bagi tujuan pengesahan identiti pengguna.

Fahmi turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan platform media sosial di Singapura pada minggu hadapan.

Langkah ini dijangka menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan digital dan mewujudkan persekitaran media sosial yang lebih selamat untuk remaja di Malaysia.

Berkaitan

  • Impak Penetapan Had Umur Guna Media Sosial Perlu Analisis Lebih Teliti - Fahmi
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID
  • Malaysia Bakal Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Pengguna - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY