Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Laksana Siasatan Awam Bagi Standard Baharu Pendaftaran Pengguna Prabayar

Diterbitkan Oktober 15, 2025 · Dikemas kini Oktober 15, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini membuka Siasatan Awam berhubung cadangan Standard Mandatori untuk Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Selular Awam Prabayar.

Siasatan ini melibatkan cadangan penentuan oleh MCMC untuk menetapkan Standard Mandatori baharu yang akan menggantikan Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Prabayar 2017.

Menurut MCMC, standard baharu itu dibangunkan bagi memperkukuh integriti proses pendaftaran pengguna melalui penggunaan platform automatik berasaskan Multi-Factor Authentication (MFA) yang lebih selamat.

KENYATAAN MEDIA

MCMC LAKSANA SIASATAN AWAM MENGENAI CADANGAN STANDARD MANDATORI PENDAFTARAN PENGGUNA PRABAYAR#MCMC pic.twitter.com/1ywjjzRzLo

— MCMC (@MCMC_RASMI) October 15, 2025

Di bawah peraturan baharu yang dicadangkan, MCMC akan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bukan sahaja terhadap penyedia perkhidmatan, tetapi juga pengedar yang terlibat dalam proses pendaftaran pengguna prabayar.

Langkah ini memastikan akauntabiliti di seluruh rantaian pendaftaran, di mana pengedar turut tertakluk kepada Seksyen 51 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, bagi mengurangkan risiko salah laku serta melindungi pengguna.

Selain itu, peraturan yang disemak semula turut memperkenalkan perlindungan tambahan untuk pengguna bawah umur, di mana individu berusia 12 hingga 17 tahun perlu didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga sah.

Cadangan standard ini juga memperkenalkan had baharu terhadap jumlah kad SIM yang boleh didaftarkan atas nama seseorang, termasuk warganegara dan warga asing, sebagai langkah membendung penyalahgunaan kad SIM.

Lanjutan itu, MCMC menggalakkan penyertaan aktif semua pihak berkepentingan bagi memastikan standard yang dibangunkan bersesuaian dengan keperluan semasa. Kertas Siasatan Awam boleh didapati melalui pautan INI, dan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 28 November 2025.

Berkaitan

  • MCMC Keluarkan 279 Arahan Kepada Telco Untuk Tangani Isu Kualiti Perkhidmatan
  • MCMC Kesan Ratusan Lokasi Gagal Patuh Piawaian Internet
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Daftar Kad SIM Prabayar Guna MyDigital ID Menjelang Hujung Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY