Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Anjur Sesi Libat Urus, Dapatkan Pandangan Berhubung Pengalihan DNS

MCMC Anjur Sesi Libat Urus, Dapatkan Pandangan Berhubung Pengalihan DNS

Diterbitkan September 9, 2024 · Dikemas kini September 9, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menganjurkan satu program libat urus bersama syarikat-syarikat teknologi bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengalihan Domain Name System (DNS).

MCMC menjelaskan sesi itu bertujuan memberikan gambaran lebih jelas dan membetulkan persepsi mengenai isu DNS, serta pandangan dan cadangan daripada pihak berkepentingan termasuk pakar, mengenai pendekatan alternatif dalam menangani isu kandungan memudaratkan.

Antara perkara yang dibincangkan pada sesi libat urus itu tersebut termasuk pengurusan DNS dan usaha-usaha oleh MCMC dalam memerangi kandungan memudaratkan menerusi kempen advokasi dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.

Menerusi program seperti itu, MCMC berkata pihaknya berharap isu-isu kritikal seperti pengalihan DNS dapat difahami dengan lebih baik dan langkah-langkah konkrit dapat diambil untuk melindungi kepentingan pengguna internet di Malaysia.

Justeru, suruhanjaya itu akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan lain dari semasa ke semasa berhubung isu DNS berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tiada garis masa ditetapkan untuk sesi libat urus MCMC berhubung pelaksanaan penghalaan semula DNS berikutan keputusan untuk menghentikan pelaksanaannya.

Berkaitan

  • MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022
  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS
  • MCMC Tangani Isu Berkaitan Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet
  • Kerajaan Buat U-turn, Penghalaan Ke DNS Tempatan ISP Dibatalkan

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY