Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Tangani Isu Berkaitan Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet

Diterbitkan September 7, 2024 ยท Dikemas kini September 7, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan hal itu bagi memastikan pengguna terus memperoleh faedah daripada perlindungan disediakan oleh penyedia DNS ISP tempatan.

Selain itu, MCMC turut menafikan dakwaan bahawa tindakan yang diambil itu merupakan langkah yang zalim.

Sistem DNS boleh melindungi pengguna dengan menyekat akses kepada laman web yang diketahui pengedar perisian hasad, pancingan data dan aktiviti berniat jahat lain, serta menapis kandungan tidak sesuai seperti bahan berunsur lucah dan laman web ganas.

Menurut MCMC, sebahagian pengguna memilih untuk menggunakan pelayan DNS pihak ketiga seperti Google DNS dan Cloudflare. Namun, pelayan DNS itu mungkin tidak mempunyai tahap perlindungan yang sama berbanding pelayan DNS ISP tempatan.

Tambah agensi itu, antara dakwaan tidak tepat ialah pelaksanaan tersebut merupakan larangan menyeluruh (blanket ban) dan laman web yang sah tidak boleh diakses kerana pengalihan DNS.

Walhal, MCMC menjelaskan laman web hanya disekat apabila didapati mempunyai kandungan berniat jahat. Sementara laman web yang sah boleh diakses seperti biasa dan pengalihan DNS bertujuan memastikan kandungan berbahaya ditapis dan laman web selamat boleh diakses tanpa gangguan ketara.

Sehubungan itu, MCMC menggalakkan pengguna melaporkan sebarang kesulitan dalam mengakses laman web yang sah terus kepada ISP masing-masing, supaya isu itu dapat ditangani dengan segera.

Berkaitan

  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022
  • MCMC Akan Jalankan Siasatan Awam Berhubung Pelesenan Media Sosial
  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY