Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_p

Kerajaan Buat U-turn, Penghalaan Ke DNS Tempatan ISP Dibatalkan

Diterbitkan September 8, 2024 ยท Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Tidak lama selepas mengarahkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik DNS yang menggunakan pelayan Domain Name System (DNS) pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri (DNS ISP tempatan), Menteri Kementerian Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pula pembatalan hasrat tersebut.

“Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus @MCMC_RASMI serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS).”

Beliau bagaimanapun berkata, MCMC akan meneruskan siri libat urus bersama semua pemegang taruh untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan bagi memastikan objektif internet yang lebih selamat dapat dicapai bersama.

MCMC sebelum ini telah mengarahkan semua Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk melaksanakan pengalihan DNS bagi meningkatkan keselamatan dalam talian dengan menghalang akses ke laman web berbahaya seperti yang berkaitan dengan perjudian dalam talian, pornografi, pelanggaran hak cipta, penipuan, dan pelanggaran undang-undang Malaysia yang lain.

Pengalihan DNS memastikan kandungan memudaratkan disekat manakala laman web sah dapat dicapai tanpa gangguan ketara.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY