Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama – Fahmi

MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram, Dua Saluran

Diterbitkan Jun 19, 2025 ยท Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil langkah tegas terhadap dua saluran di Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

MCMC memaklumkan bahawa tindakan sivil telah difailkan terhadap kedua-dua saluran itu kerana menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara dan menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Menurut MCMC, ini merupakan tindakan mahkamah pertama seumpamanya yang diambil terhadap Telegram sebagai penyedia platform media sosial yang berlesen di bawah kategori Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) atau ASP(C).

Sebelum ini, Telegram didapati gagal mengambil tindakan terhadap laporan berulang yang dikemukakan, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC.

Sebagai langkah terakhir, MCMC telah memohon dan berjaya mendapatkan perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya.

Jelas MCMC, Telegram masih diberikan ruang untuk mengemukakan pembelaan mengikut prinsip keadilan dan hak asasi.

Dalam pada itu, MCMC turut mengingatkan bahawa tindakan sama akan diambil terhadap mana-mana platform lain jika gagal memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Suruhanjaya itu menegaskan komitmen untuk memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi
  • Hanya 30 Pekerja Tanpa HR, Telegram Kini Bernilai RM126 Bilion
  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY