Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama – Fahmi

Hanya 30 Pekerja Tanpa HR, Telegram Kini Bernilai RM126 Bilion

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh ariff bukhari

Pada Mac 2025, Telegram dianggarkan mencecah nilai $30 bilion (~RM126 bilion) dengan lebih 1 bilion pengguna aktif.

Lebih mengejutkan, syarikat ini hanya dikendalikan oleh 30 orang pekerja.

Ditubuhkan pada 2013 oleh Pavel Durov, Telegram berkembang pesat sebagai aplikasi pemesejan yang popular, terutama di kawasan yang mencari alternatif privasi berbanding WhatsApp.

Dengan ciri seperti penyulitan hujung-ke-hujung, storan berasaskan awan, siaran saluran, dan integrasi bot, Telegram bukan sekadar aplikasi pemesejan tetapi juga alat penting untuk komunikasi, media, dan perdagangan.

Struktur organisasi Telegram yang kecil tetapi efektif telah menarik perhatian dunia perniagaan.

Model operasi ini dikaji di sekolah perniagaan sebagai contoh kecekapan radikal, dengan kejayaan yang disumbangkan oleh kepimpinan Durov, automasi dan lain-lain.

Populariti Telegram dikalangan pengguna adalah kerana pendirian kukuh mereka terhadap privasi dan kebebasan bersuara, menjadikannya pilihan utama di negara dengan kekangan internet.

Selain itu, ekosistemnya menawarkan saluran untuk penyiaran berita, e-dagang, dan pendidikan, menjadikan ia lebih daripada sekadar aplikasi pemesejan.

Dalam hal pembiayaan, Telegram mengelak pengiklanan tradisional tetapi kini memperkenalkan mesej tajaan dan Telegram Premium, yang menyediakan ciri tambahan.

Syarikat ini juga memperoleh pelaburan lebih $1 bilion daripada pelabur seperti Mubadala dan Abu Dhabi Catalyst Partners.

Penilaian $30 bilion ini bukan sahaja satu pencapaian besar bagi Telegram tetapi juga mencetuskan perbincangan tentang keusahawanan ramping dan model perniagaan jarak jauh.

Dengan kecekapan luar biasa, Telegram membuktikan bahawa inovasi dan kesederhanaan boleh mengatasi pesaing yang lebih besar dan yang menerima pembiayaan tinggi.

https://x.com/hvgoenka/status/1828374689607229902

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • VLC Bakal Lancar Ciri Sari Kata AI, Terjemah Lebih 100 Bahasa Secara 'Offline'
  • Pixel Masih Sendu Di Malaysia – Antara Harapan & Realiti Pasaran Sebenar

Sumber: The Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY