Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Cadang Pasang 40 Peranti Satelit Starlink Di IPT – PM

MCMC Akan Perluas Pemasangan Peranti Starlink Seluruh Negara

Diterbitkan September 4, 2023 ยท Dikemas kini September 4, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian internet lemah di seluruh negara.

Berkaitan

  • Starlink: KKD Kenal Pasti Sekolah, Klinik Kesihatan, Kawasan Pedalaman Yang Perlu Bantuan Internet Satelit
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, MCMC telah menempah 30 peranti itu, dengan 10 daripadanya telah diperoleh.

Setakat ini, beliau berkata empat daripadanya telah dipasang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah; Kampung Orang Asli (KOA) Kemensah, Gombak; KOA Tonggang, Tambun di Perak dan KOA Sungai Temon, Johor Bahru.

Dalam pada itu, MCMC juga sedang mengenal pasti lokasi lain yang bersesuaian termasuk Sabah dan Sarawak yang memerlukan capaian internet lebih baik.

Menurut Teo, pemasangan peranti tersebut diharap menjadi penyelesaian sementara bagi lokasi yang tidak mempunyai akses atau capaian internet lemah, sementara usaha untuk menambah baik capaian internet dapat diteruskan.

Buat masa ini, kos bagi satu unit peranti Starlink berspesifikasi tinggi bernilai RM11,613 dan peranti tersebut berperanan sebagai Wi-Fi hotspot dengan jarak liputan kira-kira 100 meter bergantung kepada tempat pemasangan.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY