Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya

Diterbitkan September 1, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia tahu, perkhidmatan internet Starlink dari SpaceX sudah pun ditawarkan untuk pengguna di seluruh Malaysia.

Bagi menambah baik lagi servis mereka, SpaceX menawarkan ketelusan mengenai kelajuan internet yang ditawarkan mereka untuk liputan di kawasan anda melalui ciri baharu di laman sesawang rasmi Starlink.

Sebagai contoh, anda buka laman sesawang Order Starlink dan buat carian tempat tinggal anda.

Seterusnya di bahagian Availability, anda boleh tukarkannya kepada Download Speed.

Screenshot 2023-09-01 104705
starlink speed

Anda juga boleh melihat kelajuan muat naik dan masa kependaman (latency) servis Starlink di kawasan anda sebelum melanggannya.

starlink speed

Starlink menyediakan dua pilihan perkakasan peranti untuk perkhidmatan internet satelit, iaitu Standard dan High Performance.

Bagi perkakasan Standard, ia berharga RM2,300. Starlink Standard mempunyai sokongan Wi-Fi 5, penarafan IP54 serta purata penggunaan kuasa sekitar 50 hingga 75W yang sesuai digunakan di kawasan kediaman dengan penggunaan internet setiap hari.

Manakala High Performance pula sesuai digunakan untuk perusahaan dan penggunaan yang lebih tinggi.

Starlink High Performance berharga RM11,613 yang mempunyai sokongan penarafan persekitaran IP56, penghala menyokong Wi-Fi 5, Dual Band – 3 x 3 MIMO, WPA-2 dan lain-lain. Purata penggunaan kuasa pula adalah antara 110 hingga 150W.

Harga untuk Standard dan High Performance itu adalah untuk perkakasannya sahaja. Bagi langganan perkhidmatan internetnya pula, pengguna perlu membayar sebanyak RM220/bulan untuk kelajuan 100 Mbps.

Langganan adalah tersedia tanpa kontrak dengan tempoh percubaan selama 30 hari.

Berkaitan

  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
  • Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah
  • Google Perkenal Cara Mudah Tangkap Layar Video Dengan Kualiti Lebih Baik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY