Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink uitm kuala pilah

UiTM Kuala Pilah Terima Unit Starlink Pertama

Diterbitkan Julai 28, 2023 · Dikemas kini Julai 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kuala Pilah telah menerima unit peranti Starlink pertama dan ia diserahkan oleh PM Anwar Ibrahim semalam.

starlink uitm kuala pilah

Ia menjadi IPT pertama di Malaysia yang akan menggunakan teknologi daripada Starlink itu. UiTM akan menerima 10 peranti daripada kesemua 40 unit.

starlink uitm kuala pilah

Jika anda ketinggalan, PM mengatakan kerajaan akan memasang 40 peranti Starlink di IPT selepas pertemuan secara maya dengan Elon Musk.

Hal ini kerana beliau telah menerima aduan tentang sambungan internet daripada pelajar IPT semasa lawatannya ke beberapa universiti tempatan.

starlink uitm kuala pilah - 1

Dalam acara sama, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihak UiTM juga sedang menunggu peruntukan untuk menyelesaikan masalah titik capaian Wi-Fi di sekitar kampus yang perlu dipasang router.

Berkaitan

  • Kerajaan Cadang Pasang 40 Peranti Satelit Starlink Di IPT - PM
  • UiTM Akan Terima 10 Peranti Starlink
  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar

“Ini mengambil masa jadi sementara waktu kita akan gunakan Starlink,” tambah Fahmi.

starlink uitm kuala pilah

Selain itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklum balas daripada pihak UiTM terbabit bagi menilai keserasian dan kesesuaian pelaksanaan Starlink sebagai langkah penyelesaian interim.

Kalau anda mahu langgan Starlink secara peribadi, ketahui harganya di SINI.

Sumber: BERNAMA, Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY