Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh Amalina Athman

Unit peranti satelit Starlink kedua kini telah dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah.

Berkaitan

  • Kerajaan Cadang Pasang 40 Peranti Satelit Starlink Di IPT - PM
  • UiTM Kuala Pilah Terima Unit Starlink Pertama
  • Starlink: KKD Kenal Pasti Sekolah, Klinik Kesihatan, Kawasan Pedalaman Yang Perlu Bantuan Internet Satelit

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kawasan berkenaan dipilih sebagai kampung orang asli pertama untuk pemasangan Starlink dan menjadikannya lokasi kedua selepas UiTM Kuala Pilah.

Katanya, kualiti internet sedia ada di kawasan tersebut sangat teruk, malah hampir tiada, walaupun terdapat 135 penduduk yang tinggal di sana.

Bulan lepas, Fahmi memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengenal pasti sekolah, klinik kesihatan serta kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan internet.

Pihaknya akan memastikan baki 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, akan diberi keutamaan.

Dalam masa yang sama, beliau juga telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk membuat kajian tambahan penyelesaian jangka panjang, termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY