Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia, kemahiran digital

Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi, Internet Kini Wajib Dimiliki

Diterbitkan April 28, 2025 ยท Dikemas kini April 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia semakin menghampiri sasaran masyarakat digital sepenuhnya dengan laporan terkini DOSM menunjukkan lebih 90% rakyat mempunyai kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menariknya, golongan belia menjadi peneraju utama dalam kemahiran digital, dengan kadar penguasaan melebihi 95%.

Laporan terkini menunjukkan penggunaan telefon pintar di kalangan rakyat meningkat kepada 97.9%, manakala akses internet melalui jalur lebar mudah alih pula mencapai 95.7%. Ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin bergantung pada teknologi mudah alih dalam aktiviti seharian, daripada media sosial hingga ke pembelian dalam talian.

malaysia

Apa yang lebih menarik, jurang penggunaan internet antara lelaki dan wanita juga semakin mengecil, dengan penggunaan internet oleh lelaki kini pada 98.4%, manakala wanita pada 97.6%. Ini menunjukkan wujudnya kesaksamaan digital yang semakin baik dalam kalangan penduduk Malaysia.

malaysia

Laporan ini turut menyerlahkan bahawa rakyat Malaysia semakin cekap dalam penggunaan komputer, khususnya dalam aktiviti asas seperti penghantaran e-mel, memindahkan fail dan pemasangan perisian sendiri, membuktikan kemahiran digital bukan lagi satu keistimewaan, tetapi satu keperluan asas.

Namun, walaupun kemahiran digital rakyat meningkat, penggunaan telefon talian tetap mencatat penurunan, sejajar dengan trend global yang semakin mengutamakan teknologi mudah alih dan aplikasi berasaskan internet.

Dengan peningkatan ini, Malaysia dilihat mampu mencapai visi negara digital sepenuhnya menjelang 2030.

Berkaitan

  • Pelancong Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi MAE
  • Anwar Jumpa Binance, Malaysia Sasar Hab Blockchain Global
  • AIMOGA, Humanoid Pertama Jadi Wakil Jualan Chery Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY