Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_wisermy 1

MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Oktober 28, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membincangkan mekanisme terbaik bersama platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC), selaras dengan usaha untuk mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu turut melibatkan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, pelaksanaan eKYC amat penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di ruang digital, termasuk melindungi mereka daripada ancaman pedofilia.

“Pihak MCMC serta beberapa jabatan dan agensi akan ke Singapura minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Meta, Google, X, TikTok untuk membincangkan mekanisme terbaik untuk memastikan proses eKYC yang menggunakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti MyKad, Pasport dan MyDigital ID dapat dimanfaatkan dengan selamat.”

Katanya lagi, langkah ini selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memastikan tiada ketirisan maklumat. Ia juga seiring dengan pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2025 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan langkah melesenkan platform media sosial bagi menjamin keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID
  • Malaysia Bakal Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Pengguna - Fahmi
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY