Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank

Maybank Beri Amaran, Hati-Hati Jika Terima E-mel Daripada “Pihak Maybank2u”

Diterbitkan Februari 4, 2025 ยท Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda ada menerima e-mel dari pihak Maybank, anda kini perlu lebih berhati-hati. Ini ekoran pihak Maybank mengesan kewujudan e-mel Maybank palsu yang dihantar kepda para pelanggan mereka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Maybank menjelaskan bahawa pihak pengurusan mereka tidak akan menghantar e-mel yang meminta butiran peribadi dan perbankan pelanggan.

Maybank menyatakan, e-mel yang dihantar berkemungkinan adalah scam pancingan data yang direka untuk menipu mangsa supaya mendedahkah maklumat peribadi dan perbankan.

Ekoran itu, pihak Maybank menggesa orang ramai untuk mengabaikan e-mel tersebut jika ada menerimanya.

maybank2u fake

Untuk melindungi diri daripada scam seperti ini, orang ramai perlulah mengamalkan langkah berikut:

  • Berhati-hati dengan e-mel yang dihantar dari alamat palsu yang mengandungi kesilapan ejaan serta tatabahasa.
  • Sentiasa beringat bahawa Maybank tidak akan menghantar e-mel atau SMS berserta pautan URL.
  • Sahkan sebarang e-mel atau mesej yang mencurigakan dengan laman web atau sumber rasmi.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 8, 15 Februari
  • Maybank Islamic Pilih audax Dan AWS Untuk Pacu Tranformasi Digitalnya

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY