Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAE featured

Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank kini membolehkan pengguna menukar had pemindahan terus melalui aplikasi MAE.

Tersedia mulai 14 Julai 2025, ciri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Maybank untuk memudahkan urusan perbankan pengguna. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memilih untuk membuat perubahan had pemindahan melalui laman Maybank2u seperti biasa.

Cara Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa sebarang permintaan untuk menaikkan had pemindahan akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Dalam tempoh itu, pengguna masih boleh membuat transaksi seperti biasa selagi tidak melebihi had sedia ada.

Had baharu hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh bertenang tamat. Untuk menukar had pemindahan, ikut langkah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan butang “Settings” di bahagian kiri atas.
  2. Pilih tab “Pay & Transfer”, kemudian tekan “Transfer” dan pilih “Transfer Limit”.
  3. Pilih jenis pemindahan yang ingin ditukar.
  4. Tetapkan had harian baharu daripada menu pilihan.
  5. Tekan “Save Changes” dan sahkan menggunakan Secure2u (hanya diperlukan jika had dinaikkan).

tukar had transfer MAE

Maybank turut menasihatkan pengguna untuk menyemak had harian secara berkala dan menaikkannya hanya jika perlu.

Sekiranya mengesyaki aktiviti mencurigakan pada akaun, segera aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman Maybank2u bagi menyekat akses dan melindungi akaun anda.

Berkaitan

  • Transaksi Dalam Talian Kad Maybank Kini Sepenuhnya Guna Pengesahan Secure2u
  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon
  • Maybank Tetapkan Had Transaksi Harian RM200 Untuk Tambah Nilai, Berkuat Kuasa 26 Mei
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY