Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029

Maxis Siasat Insiden Pendedahan Butiran Akaun Pelanggan, Dakwa Libatkan Tindakan Tanpa Kebenaran

Diterbitkan Julai 21, 2026 ยท Dikemas kini Julai 21, 2026 oleh Amalina Athman

Maxis kini sedang menyiasat satu insiden tular di media sosial yang melibatkan pendedahan butiran akaun seorang pelanggannya.

Dalam kenyataan rasmi, Maxis memaklumkan hasil siasatan awal mendapati insiden tersebut merupakan kes terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran. Syarikat itu turut menegaskan tiada sebarang petunjuk bahawa kejadian berkenaan melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas.

Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.

Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

— Maxis (@Maxis) July 21, 2026

 

Insiden ini dipercayai mungkin berkait dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming selepas beliau membangkitkan persoalan mengenai pendedahan maklumat akaun Maxis miliknya di media sosial.

Maxis Khairul Aming_01

Menerusi perkongsian di Threads, beliau meminta penjelasan daripada Maxis mengenai bagaimana maklumat bil telefon peribadinya boleh diketahui oleh pihak lain dan dikongsi secara terbuka, yang membabitkan maklumat peribadi pelanggan.

Maxis tidak menyatakan nama pelanggan atau butiran lanjut mengenai individu yang terlibat dalam kenyataan rasminya. Namun, syarikat itu memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden tersebut dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Kami telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.

— Maxis (@Maxis) July 21, 2026

Berkaitan

  • Rangkaian Maxis Kini Dipacu Firewall AI Saring Panggilan Suara Dan SMS
  • Maxis Menang Anugerah Teknologi, Bangunkan Platform Pengesanan BTS Palsu
  • Maxis Home Solar Perkenal Pilihan Pembelian Terus
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY