Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Sedang Alami Isu Rangkaian, Maxis Ambil Maklum

Rangkaian Maxis Kini Dipacu Firewall AI Saring Panggilan Suara Dan SMS

Diterbitkan Februari 26, 2026 oleh ariff bukhari

Maxis telah melancarkan sistem perlindungan rangkaian berkuasa AI untuk meningkatkan keselamatan pelanggan terhadap penipuan digital dalam panggilan suara dan SMS.

Firewall pintar ini yang sudah pun mula diaplikasikan sejak Januari 2026 lalu, diguna bagi menyaring trafik antarabangsa yang masuk ke Malaysia, memantau 24/7 dan menghalang mesej spam, scam serta panggilan suara yang disamarkan.

Ia juga melindungi pengguna daripada ID penghantar palsu dan pautan berbahaya, tanpa kos tambahan kepada pelanggan.

“Firewall berkuasa AI ini membolehkan kami menangani ancaman dan potensi risiko yang semakin berkembang dengan lebih baik. Ini memperkukuh komitmen kami untuk menyediakan rangkaian yang pantas, andal dan selamat di mana pelanggan kami boleh kekal berhubung dengan lebih yakin.” – Yap Chee Sun, Ketua Pegawai Rangkaian di Maxis.

Pada tahun 2025 sahaja, Maxis memaklumkan mereka telah berjaya menyekat lebih setengah bilion percubaan panggilan dan SMS penipuan.

Usaha ini turut melibatkan kerjasama bersama empat pengendali rangkaian mudah alih lain melalui semakan spoofing antara operator, serta sokongan agensi penguatkuasaan negara.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY