Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Miya_

Aplikasi Maxis Kini Ada Pembantu AI Baharu – Miya

Diterbitkan Oktober 15, 2025 oleh Amalina Athman

Maxis hari ini memperkenalkan Miya (Maxis Intelligence, Your Assistant), pembantu dalam aplikasi berasaskan perbualan yang dikuasakan AI generatif (Gen AI).

Menurut Maxis, Miya dibangunkan menggunakan Customer Engagement Suite daripada Google Cloud, yang menggabungkan penyelesaian turnkey serta model Gemini berasaskan data sebenar.

Melalui tetingkap sembang Miya, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi penting seperti:

  • Pengurusan Bil – Menyemak bil, menetapkan debit terus dan menganalisis corak penggunaan.
  • Perayauan (Roaming) – Menerima cadangan pas perayauan yang diperibadikan dan menjadualkannya lebih awal.
  • Semakan Kontrak – Menyemak butiran kontrak dengan mudah.

Selain membantu urusan akaun, Miya turut berfungsi sebagai panduan pintar untuk produk dan perkhidmatan Maxis, membantu pengguna memahami pelan pascabayar, meneroka peranti baharu serta mendapatkan panduan umum.

Image 3 – Maxis AI Assistant, Miya

Miya kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna aplikasi Maxis versi terkini, yang tampil dengan reka bentuk lebih cerah dan susun atur lebih ringkas bagi memudahkan navigasi.

Pengguna boleh memuat turun versi terkini aplikasi Maxis melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Berkaitan

  • Maxis Home Solar Kini Tersedia Di Seluruh Semenanjung — Jimat Bil Elektrik Hingga 25%
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia
  • Akses sooka Percuma Untuk Pelanggan Maxis, Etiqa, Grab, MAE, ZUS & Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY